Dikuasakan oleh Blogger.
Latest Post

Puasa Orang Musafir

Written By Muhammad Syahmi on Ahad, 13 Julai 2014 | 2:33 PTG

WALAUPUN puasa itu wajib, ada keringanan dalam agama bagi golongan tertentu untuk tidak berpuasa. Golongan ini dibenarkan berbuka puasa. Antaranya sebab musafir.

Apabila musafir iaitu perjalanan jauh yang melebihi dua marhalah maka dibenarkan berbuka puasa. Dua marhalah ini sekitar 90 kilometer, bukan 90 meter. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t yang maksudnya:

"Maka sesiapa daripada kamu sakit atau musafir (haruslah dia berbuka puasa) maka gantilah hari yang lain." (Surah al-Baqarah: 185)

Dalam satu hadis, Nabi s.a.w keluar menuju Mekah pada tahun pembukaan Mekah Ketika itu Nabi berpuasa bersama para sahabat. Ketika sampai di satu tempat bernama Kura'q al-Ghamim, diberitahu kepada Baginda bahawa para sahabat keletihan kerana puasa. Oleh itu, Naib mengambil sebekas air lalu minum selepas masuk waktu Asar. (Riwayat Muslim)

Keringanan untuk berbuka bagi orang musafir, mengikut pendapat sebahagian ulama, dengan beberapa syarat.

a. Perjalanan itu harus.
Oleh itu, perjalanan semasa balik kampung diharuskan berbuka puasa. Kalau perjalanan yang tak harus seperti ingin bermain judi, maka tidak diberi kelonggaran untuk berbuka puasa.

b. Perjalanan itu bukan selalu.
Oleh itu, pemandu bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kedah umpamanya tidak diharuskan berbuka puasa. Kalau diharuskan, maka mereka tidak ada masa untuk menggantikan puasa Ramadan kerana sepanjang tahun mereka sentiasa bermusafir. Sungguh juga kalau begitu. Biasa juga orang yang sudah biasa memandu perjalanan jauh kurang berasa letih. Pepatah Melayu pun ada menyebut: "Alah bisa tegal biasa". Tetapi jika terlalu penat akibat puasa, maka diharuskan berbuka puasa.

c. Sebahagian ulama menetapkan syarat agar perjalanan musafir itu dimulakan sebelum fajar lagi. Bukan apa, kalau pukul 2 petang baru naik bas, eloknya terus sajalah berpuasa. Tak lama lagi sudah hendak berbuka puasa.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/puasa-orang-musafir-39265

Tutup Aurat Dari Sudut Sains

Rasulullah bersabda, "Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda," Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)

Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat.

Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki.

Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser.

Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di dakwahkan oleh Rasulullah.

Tentang hal ini Allah berfirman: "Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur'an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih" (Surah Al-Anfaal: 32) Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser.

Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang disetiap pakaian yang ketat.

Sumber: http://iniblogberita.blogspot.com/2013/09/bahaya-tak-tutup-aurat-dari-kajian-sains.html

Messi Sokong Israel?

Gempar viral di facebook dengan gambar-gambar Messi & rakan-rakan Barcelona mengadakan lawatan ke Israel dengan Messi memegang baju bertulis ‘stand with Israel’ (berdiri bersama Israel).

Viral ini tersebar meluas di laman web serta di facebook sejurus selepas bedilan bom di gaza. Demi menunjukkan betapa diri itu prihatin, maka ramailah yang turut serta untuk menge-share di wall masing-masing. Yang lebih menakjubkan ramai ustaz-ustaz dengan imej mulia turut serta menyebarkan berita ini. Maka lahirlah komen-komen seperti di bawah.

- “Boikot messi. Dia Yahudi n penyokong kuat Israel rupanya “

- “sy peminat dia.tetapi dh tau dia ni puak2 yg menyokong israel yahudi terus sy membencinya.xguna punya messi..”

- “Baru tau. Say NO to Messi.!!”

- “Boikotlah Messi…Boikotlah Argentina…Boikotlah Barcelona…”

- “Kalau ini idola sesetengah umat islam..baik hentikan!!!”

Pelbagai tohmahan dihambur…. Kesian Messi….. Tapi, tahukah kita sejauh mana kebenarannya??
……………………………………………………………………………………………..

Kebenarannya :-

Ya, memang benar Messi dan Barcelona telah ke Israel pada tahun 2013.

NAMUN,

Hakikatnya pada masa yang sama mereka juga telah mengadakan lawatan ke Palestin! Barcelona telah mengadakan “PEACE TOUR” ke Palestin & Israel dengan harapan bola sepak dijadikan sebagai medium untuk perdamaian. Messi sendiri telah bersalaman dengan presiden Palestin yang turut serta pada sesi temuramah bersama-sama rakan-rakan Barcelona yang lain.

Kemuncak “PEACE TOUR” itu ialah perlawanan persahabatan di antara FC Barcelona VS team gabungan Palestin+Israel, namun begitu dibatalkan kerana konflik yang sukar untuk menggabungkan kedua2 pasukan kebangsaan itu. Barcelona juga mengadakan ‘klinik bola’ untuk kanak-kanak daripada kedua-dua Negara Palestin & Israel.

Rujukan 1, http://www.fcbarcelona.com/club/detail/article/peace-tour-visit-to-palestine

Rujukan 2, http://www.reuters.com/article/2013/08/03/us-soccer-barcelona-palestinians-idUSBRE9720BI20130803

Rujukan 3, http://www.thenational.ae/sport/football/lionel-messi-and-barcelona-train-with-palestine-and-israeli-children

Ada juga gambar yang menunjukkan Messi & rakan-rakan melawat Jurusalem’s western wall ( tempat para yahudi berkumpul dan berdoa di depan dinding). Ya memang benar, tapi itu adalah salah satu aturcara yang ditetapkan bagi menghormati Israel sebagai tuan rumah. Yang mana saya percaya kalau Messi datang ke Malaysia, dia juga tidak akan menolak perlawaan untuk ke masjid-masjid jika di undang!
Messi juga merupakan penganut agama Kristian dan bukannya Yahudi!

Juga,

Di dalam salah satu gambar yang tersebar ada terlihat Messi memegang T-shirt berwarna hitam yang bertulis “stand with Israel” (berdiri bersama israel). Sebagai seorang designer, dengan sekali imbas mudah untuk mengenal pasti bahawa gambar itu bukanlah gambar yang ASLI. Gambar tersebut telah pun diedit daripada gambar asal yang mana Messi sebenarnya mempromosikan Pan American Games 2019 di Rosario (kampung halaman Messi).

Sumber: http://penmerah.com/arena/benarkah-messi-barcelona-menyokong-israel/

Post Pertama

Blog ini dibuka secara rasmi pada 13 Julai 2014 pada jam 3.25 pagi (waktu Malaysia).
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ambil La Tahu - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger